Kategori

Meta

Cara menukar hakmilik kenderaan persendirian/individu

Banyak diantara kita masih lagi memikirkan bahawa menukar hak milik kenderaan (individu) adalah perkara rumit, disini saya terangkan bagaimana kita nak buat urusan insuran & penukaran nama,

Borang yang diperlukan semasa proses menukar nama adalah seperti berikut

1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1
2. 2 salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2), kalau tak tau ni la dia geran kereta.
4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) *bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
6. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)

Perkara pertama sebelum ke JPJ, pastikan kita bawa kereta yang hendak dibeli tu ke puspakom, kebiasaanya kenalah booking 1-2 hari sebelum ke puspakom, bagitahu tujuan iaitu Transfer of Ownership Inspection atau Pemeriksaan Pindah Milik, kadar bayaran pemeriksaan ini adalah RM30 sahaja, Pastikan No Chasis dan nombor enjin adalah sama didalam geran, dan pastikan cermin tidak gelap, kalau gelap melebihi paras dibenarkan, maka kenalah datang semula, (kenderaan anda gagal) setelah selesai proses pemeriksaan, jika lulus, anda akan diberi Laporan Pemeriksaan Tukar Milik, jika gagal, anda dikehendaki hadir semula.

Setelah selesai proses pemeriksaan di puspakom, anda dah boleh la pergi ke syarikat yang menjual insuran, jika anda ada kereta lain atau nak jual kereta lama, boleh transfer NCD @ NCB (Non Claim Discount) (Non Claim Bonus) anda ke kereta baru, untuk mengetahui berapa nilai NCD anda, boleh semak di syarikat yang anda beli insuran, kadar maksimum NCD bagi kereta persendirian adalah 55%, jika anda transfer NCD anda ke kereta baru, anda dah boleh berjimat dengan hanya membayar separuh sahaja dari nilai premium sebenar (jika NCD anda 55%) bermaksud, jika jumlah premium insuran untuk kereta baru anda berjumlah RM2000, dengan ada NCD ini, anda cuma perlu bayar RM900 sahaja, banyak beza kan? lagi-lagi tahun depan nya nak bayar installment + bayar insuran, tak la teruk sangat.

setelah selesai semua proses diatas, borang pun dah diisi, anda boleh la hadir ke JPJ (Penjual & Pembeli), boleh juga hadir secara berasingan (mesti hadir dalam masa 1 minggu dari tarikh penjual hadir), proses akhir adalah anda akan diberi cukai jalan baru, geran akan dicetak dengan nama pemilik baru (Cukai jalan lama kena pulang balik, owner lama boleh refund cukai jalan lama depend berapa bulan yang tinggal) kos tukar nama adalah RM100, cukai jalan bergantung pada kereta, boleh semak dekat depan geran

Comments

irwan

kalau tuan asal nak tukar nama hanya pergi ke jpj. Tak perlu bersama pembeli. Bawa ic dan salinan sendiri. Minta borang tukar nama di kaunter. Isi dan pergi ke kaunter. Tiada apa2 caj. Borang tu jpj akan simpan. Pembeli kemudian perlu pergi ke mana2 kaunter jpj dlm tempoh 7 hari selepas itu termasuk hari cuti. kena caj rm100. Tapi kena ingat proses puspakom mesti dah lulus sebelum tu.

    fatin

    pembeli dan penjual kena guna borang jpjk3 yang sama atau boleh yang berasingan kalo pembeli dan penjual duduk negeri lain-lain

Fiza

Assalam…sy nk tumpang bertanye mcm mane nk buat tukar nama kenderaan dari persendirian ke syarikat…?

johari

Tlg msj

ita

tq for sharing..mne kita nak dapat semua borang di atas ya?

ita

Macam mne kita nak dapat semua borang di atas ya?

ita

Biasanya berapa lama boleh setel ya?

tukar hak milik jpj

kalau tahu cara yang betul senang je nak uruskan semua ni.

Irfan

Salam admin mohon tumpang lalu…

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan urusan2 JPJ / Puspakom, anda boleh menghubungi saya, Irfan 013 4641350 (ZADA Associates)

refer kat link ini ( http://www.mudah.my/vi/42653862.htm )

anonymous

lesen tak perlu kan ??

nissa

kalau sya ade saman polis (speed trap) lame punya..effect x time nk tukar nama tu?

Rajis

Hi Admin

Saya nak tukar nama kereta proton savvy berapa kos nya

Leave a Reply to anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!